Monday, 14 November 2016

KINABALU PARK

Kinabalu Park merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana tempat ini ala-ala tempat orang putih dan bagi sesiapa yang suka dengan keadaan sejuk dan berkabus, nah..ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Tempat ini terletak di daerah ranau dan mudah di cari kerana ianya terletak di tepi jalan dan mudah untuk dilihat para pengunjung. So, jangan lepaskan peluang anda untuk melawat ke sini kerana anda akan melihat banyak haiwan-haiwan yg menarik di sini. Terdapat juga restoran yang cantik dan menarik di dini dan makanan yang dihidangkan semua adalah sedap-sedap belaka. Jadi, datanglah k Ranau, Sabah untuk melihat sendiri tempat itu.

Sunday, 13 November 2016



 Pulau Masagin

Berita baik kepada para peminat memancing di luar sana! Anda berasa bosan? dan ingin menghilangkan tekanan dan masalah yang di hadapi? Nah!..ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Pulau Masagin ini terletak di Kampung Kimihang jalan Bagau Kudat. Tempat ini terletak sebelum simpang Mengayau dan merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal di sana. Semua para nelayan akan menunggu di sini untuk bersedia sebelum pergi ke laut dalam untuk memancing. Dan separuh ikan yang mereka dapat itu mereka akan jual di Pasar Kudat. Selain itu, tempat ini juga sesuai untuk menenangkan fikiran dan bersantai-santai pada petang hari, dengan pemandangannya yang indah dan udara yang segar sambil melihat air yag tenang itu. So, jangan sia-sia kan masa terluang anda, Datanglah ke tempat ini dan rasakan sendiri suasana yang menenangkan ini. Dan yang paling best adalah anda boleh ber barbeque di sini. So bayangkan saja suasana di sana nanti. Sudah semestinya best!
Tempat para nelayan bersedia untuk ke laut dalam



Ikan yang dijual di Pasar



 Pulau Sapi Kota Kinabalu

Pulau  Sapi terletak kira-kira 7 kilometer dari bandar Kota Kinabalu dan untuk sampai ke sana mengambil masa 15 hingga ke 20 minit dengan menaiki bot laju ke pulau tersebut. Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sana seperti bermain banana bot, snorkelling, scuba diving, flying fox dan banyak lagi. So, apa tunggu lagi?marilah ramai-ramai ke Sabah dan melawat Pulau Sapi! Saya jamin anda akan berasa seronok dan enjoy di sana kerana banyak aktiviti menarik menanti anda di sana dan harga yang dikenakan juga berpatutan dan yang terbaik punya. Selain itu anda juga akan merasa tertarik dengan keunikan yang ada di sana terutama hidupan akuatik dan choral laut. Bawalah teman-teman anda di luar sana dan keluarga saudara-mara untuk menghilangkan tekanan.